Pernah tak anda berhadapan dan alami rasa dunia sekeliling ni macam berpusing. Buka mata pun nampak sekeliling bergerak berpusing-pusing, tutup mata pun rasa kepala pusing-pusing berputar. Sedangkan keadaan sekeliling masa tu tidak bergerak apa-apa pun.
Ija sendiri pernah mengalaminya. Bila nak berdiri berjalan perlu pegang dinding terhuyung -hayang sebab rasa dan nampak sekeliling macam berputar-putar. Berjalan terhuyung-hayang. Rasa tak seimbang badan, tak dapat nak jalan lurus. Benda berlaku 2 hari berturut-turut menyebabkan banyak perkara tergendala tak dapat dilakukan.
Penyakit ini tidak seperti pening yang menyebabkan kepala sakit rasa pening dan pengsan.
Dalam entry kali ini , Ija akan kongsikan berkaitan apa itu vertigo, punca vertigo , pantang larang vertigo , cara hilangkan vertigo dan ubat vertigo.
Maksud Vertigo
Vertigo adalah istilah yang mana seseorang mengalami pening yang seolah-olah yang persekitarannya sedang berpusing-pusing. Tanda-tanda seseorang mengalami vertigo , terasa badan tidak seimbang , persekitaran berpusing , telinga berdesing , pergerakan mata tidak normal , terasa mual malahan ada yang muntah dan berpeluh.
Menurut Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, Pakar Bedah ENT Hospital Pakar KPJ Tawakkal dalam Utusan Malaysia, Vertigo ini biasanya dialami oleh penghidap Diabetis, Ia kerap berlaku kepada wanita yang berumur lebih 50 tahun serta mempunyai sejarah kecederaan kepada kepala. Malah vertigo juga boleh menyerang kanak-kanak. Pernah ada sejarah kecederaan kepada kepala antara punca-punca kepada penyakit Vertigo.
Punca Vertigo
Vertigo berlaku disebabkan gangguan keseimbangan dalam tubuh yang bergantung kepada sistem deria mata , saraf dan bahagian dalam telinga. Gangguan pada dalam telinga membuatkan otak menerima isyarat yang tidak sesuai dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Ini menjadikan otak otak mengalami kebingungan dan menjadikan anda merasa pening serta tidak seimbang.
Sebab itu jangkitan kepada telinga juga boleh menjadi punca berlakunya Vertigo. Sementara ituterdapat faktor lain yang boleh mneyebabkan vertigo, yang mungkin relevan dengan keadaan anda :
- Migrain
- Ubat-ubatan tertentu
- Strok
- Diabetis
- Kecederaan kepala
- Rehat tidur yang berpanjangan
- Kayap
- Pembedahan telinga
Pantang Larang Vertigo
Pantang larang yang perlu dipatuhi untuk individu yang pernah diserang vertigo untuk
- Elakkan memandu- jika mengalami serangan vertigo sebaiknya elakkan memandu kereta kerana ia boleh membahayakan diri-sendiri dan pemandu lain di atas jalan raya.
- Hindari daripada pantulan cahaya – ini boleh menyebabkan gejala pening dan berpusing-pusing lagi teruk
- Kurangkan makanan yang tinggi garam-kerana garam boleh meningkatkan retensi air dan tekanan dalam telinga
- Elakkan pengambilan alkohol – pengambilan alkohol yang berlebihan boleh memburukkan gejala vertigo, elakkan atau kurangkan alkohol jika ia boleh mempengaruhi anda
- Berhenti merokok dan hindari asap rokok – asap rokok ni meningkatkan keradangan dalam badan , sel-sel mengecut dan merosak disebabkan bahan kimia pada asap rokok.
- Kafein yang berlebihan -terlalu banyak minum kafein boleh mempegaruhi sistem saraf dan tidur anda, mungkin memburukkan lagi gejala vertigo anda
Pesakit vertigo disarankan mengambil makanan yang berkhasiat iaitu yang tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan protein yang berkualiti tinggi. Diet yang sihat dapat mengoptimumkan kesihatan diri-sendiri dan badan lebih kuat untuk bertahan bila mengalami serangan vertigo dalam masa sama mengurangkan gejala vertigo berulang.
Ada beberapa vitamin yang membantu badan untuk lebih sihat bertahan apabila berdepan vertigo dalam masa mengurangkan gejala vertigo berulang antaranya ialah:
- Vitamin B12 -kekurangan B12 dapat menyebabkan gangguan sistem saraf, masalah neurologis , tekanan darah rendah sehingga menyebababkan gangguan aliran darah ke otak. Ia berpotensi untuk gejala vertigo datang dengan lebih teruk. Beberapa makanan untuk penderita vertigo ambil yang mengandungi vitamin B12 iaitu ikan, daging, telur, produk-produk tenusu.
- Vitamin D -kekurangi vitamin D berpotensi meningkatkan risiko terkena vertigo. Dan ada kajian dalam jurnal Medical Hypotheses yang menunjukkan vitamin D membantu meredakan gejala vertigo dan mebantu mengurangkan vertigo berulang.
- Vitamin C –selain meningkatkan imun badan, vitamin C juga membantu mengurangkan gejala vertigo.
- Magnesium – membantu memelihara kesihatan sistem saraf, otot dan kesihatan jantung.
- Vivix – suplemen yang kaya dengan antioksida terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan vitamin yang kaya aktioksidan membantu bertindak sebagai antiradang yang membantu menyihatkan semula sel dalam badan untuk berfungsi seperti biasa. Kebanyakkan yang mengalami vertigo berhadapan dengan keradangan pada dalam telinga.
Petua Hilangkan Vertigo
Terdapat petua semulajadi yang membantu untuk mengurangkan gejala vertigo,
- Senaman kepala – senaman gerakkan kepala di bawah antara senaman yang disarankan oleh profesional terapis untuk mengurangkan gejala vertigo.
- Keluar bersiar-siar dan terdedah dengan matahari-sebaiknya matahari di awal pagi membantu mengurangkan gejala vertigo
- Amalkan makanan seimbang-ambil makanan yang tinggi vitamin dan mineral bantu badan lebih sihat dan mengurangkan gejala vertigo berulang
- Kekal hidrasi– pastikan badan kekal hidrasi untuk menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh. Badan yang dehidrasi menyebabkan gejala vertigo berulang dan makin teruk.
Cara Hilangkan Vertigo Dengan Cepat
Alternatif lain untuk bantu ikhtiar hilangkan vertigo dengan cepat tanpa menggunakan ubat-ubatan dan yang paling penting berkesan, Ija sendiri iktiar dengan Vivix Shaklee. Vivix ni sangat bagus kerana ia tinggi dengan antioksida dan kaya dengan polifenol yang sangat bermanfaat untuk badan.
- Perlindungan sel– Polifenol melindungi dan memperbaiki sel badan kita sihat dalam masa yang sama melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif. Ini dapat membantu mengurangkan risiko masalah vertigo berulang.
- Penyokong kesihatan Vaskular-Polifenol membantu memelihara kesihatan pembuluh darah dan peredaran darah yang baik. Gangguan aliran darah ke telinga boleh menjadi punca kepada gejala vertigo.
- Anti-radang-Polifenol juga memainkan peranan sabagai antiradang yang membantu mengurangkan berlaku keradangan dalam sistem vestibular telinga.
Testimoni Vertigo Pulih Dengan Vivix Shaklee
Berminat nak dapatkan vivix Shaklee untuk hilangkan vertigo?
Klik link di bawah supaya Ija dapat membantu anda dapatkan Vivix dengan cepat dan guide cara pengambilan yang betul untuk pastikan duit yang anda keluarkan untuk sihat berbaloi. Paling penting dapat hilangkan vertigo dengan cepat