October 4, 2023

Keperluan Ibu Mengandung dan Hamil

 

 

Bila mengandung ni ada orang nak makan jadi memilih, itu tak boleh,ini tak lalu. Tengok makanan ni rasa nak muntah. Tak tahan bau ini tak tahan bau makanan. Macam-macam peel pelik yang datang sekali-sekali kit a yang sebagai ibu pun tak dapat nak memahami diri-sendiri.

Berbeza pula, ada orang lain time bermulanya mengandung relax je. Tiada hadapi apa-apa alahan. MashaAllah bertuah sungguh orang tu.

Dilema sungguh wanita mengandung, bila dah makan rasa nak muntah. Bila dah muntah , takut nak makan. Bila tak makan jadi pedih hulu hati pula.

Padahal masa bawa baby ni nutrisi ibu kena tiptop. Nutrisi dari ibu disalurkan kepada baby untuk proses tumbesaran dalam kandungan.
Mak pula perlu sihat, happy dah positif.

Antara masalah yang biasa dihadapi oleh wanitan mengandung termasuk Ija sendiri yang mengalami ialah:

1. Mual muntah – biasa dihadapi semasa trimester pertama. Rasa mual nak muntah ada orang panggil ni morning sickness. Adakala ia datang tak kira masa, boleh dikatakan sepanjang hari di awal kehamilan.

2. Kecelaruan hormon– kebiasaan pada awal kehamilan , perubahan hormon semasa hamil boleh memberi kesan kepada perubahan emosi. Jadi lebih gelisah, perasaan serba tak kena , emosi jadi sedikit sensitif.

3. Kembung perut dan pencernaan– perubahan hormon juga bagi kesan pada sistem pencernaan. Rasa tidak selesa pada perut ,berangin, mudah cirit -birit dan sembelit. Yang paling kerap dihadapi adalah masalah sembelit.

4. Peningkatan berat badan– ada kenaikan dalam berat badan semasa hamil tu normal. Tapi ia mesti dikawal dan tidak berlebih-lebihan mendadak naik. Kenaikan berat badan yang mendadak boleh memberi kesan kepada tumbesaran bayi.

5. Diabetis GDM– Ini adalah masalah di mana ibu hamil mengalami tahap gula dalam darah yang tinggi. Sebab itulah ibu hamil akan diminta untuk minum air gula untuk menguji tahap insulin resistance semasa kehamilan

6. Sakit belakang – Biasa berlaku apabila memasuki fasa trimester ke – 2 dan 3, bilamana kandungan makin membesar ke depan , tulang belakang ibu perlu support kandungan. Bila tumbesaran bayi berlaku, sebahagian nutrisi dalam badan ibu seperti kalsium akan diserap oleh bayi untuk pembentukan rangka tubuh bayi.

7. Kesukaran tidur -Kandungan makin membesar, menyebabkan ketidakselesaan fizikal ibu, Kesannya ibu mengalami  kesukaran tidur.

Penting untuk mendapat sokongan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Jangan menyendiri memendam , keluar dapatkan bantuan dan sokongan.

Jika anda menghadapi masalah atau risau tentang kehamilan boleh hubungi Ija untuk bantuan dan khidmat nasihat yang penting untuk wanita hamil tahu. Wanita hamil perlukan nutrisi tambahan menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan.

Berikut adalah beberapa keperluan vitamin untuk wanita mengandung :

  1. Protein– Protein yang sihat sebaiknya ambil daripada tumbuhan. Pengambilan protein membantu mengutatkan rahim ibu.
  2. Asid Folik ( Vitamin B9) – sangat penting dalam pembentukan sel-sel baru dan menyokong perkembangan sistem saraf bayi . Kebiasaanya digalakkan ambil 2-3 bulan sebelum kehamilan. Membantu mengurang risiko kecacatan pada saraf utama.
  3. Zat Besi – Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia sepanjang kehamilan. Kekurangan zat besi dalam darah menyebabkan ibu mudah penat dan risiko bayi gugur.
  4. Kalsium – Sangat penting untuk pembentukan tulang rangka badan dan gigi bayi dalam kandungan. Jika tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet, bayi akan menyerap kalsium daripada badan ibu. Ini meningkatkan risiko osteoporosis pada ibu.
  5. Vitamin D– vitamin D sangat penting dalam membantu penyerapan kalsium ke dalam badan . Kalsium komponen penting dalam pembentukan gigi dan rangka badan bayi (tulang)
  6. Vitamin C – vitamin C sangat penting untuk pembentukan jaringan ikat dalam tubuh badan, temasuk dalam penghasilan kolagen yang diperlukan untuk kulit , pembuluh darah. Dalam masa sama meningkatkan imun badan ibu, mengurangkan risiko gusi dan hidung berdarah.
  7. Omega 3– Untuk perkembangan mata dan jantung bayi. Kurangkan risiko alergi dan eczema baby selepas lahir.

Secara jujurnya, kita tak dapat semua ni lengkap dari diet makanan harian.
Dengan selera yang tak lalu, sangat penting untuk dapatkan keperluan nutrisi dalam diet seharian dan dilengkapkan dengan suplemen tambahan. Pastikan anda memilih jenama yang terbukti selamat dan mendapatkan konsultasi yang betul.

Anak dalam perut sekali je, sebagai ibu usahakan untuk berikan yang terbaik.

Apa tunggu lagi, cepat hubungi Ija  untuk dapatkan konsultasi dan belian produk dengan harga yang terbaik.

Jika nak tahu berkaitan vitamin wanita mengandung  boleh hubungi Ija untuk penerangan lanjut. Whatsapp Segera 014-8281356

Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.