Bila hadapi masalah tekanan darah rendah, banyak aktiviti terbatas nak buat. Hadapi masala ini sejar zaman belalar lagi. Naik tangga tercungap-cungap. Berlari jarak pendek bolehlah sikit-sikit , tapi kalau nak masuk larian jarak jauh tu memang tak lepas. Nak habiskan larian rasa macam nak pitam.
Ada masa naik tangga di rumah pun dah rasa tercungap-cungap. Fasa keletihan ini makin bertambah teruk bila umur makin meningkat. Sejujurnya Ija sendiri memang suka dengan gaya hidup yang aktif. Keluar outdoor camping dan hiking. Secara luaran orang memang nampak Ija ni kurus sihat, sebenarnya Ija sendiri melalui fasa hadapi masalah tekanan darah rendah. Ada masa buntu tak tahu macam mana nak atasi.
Fasa paling mencabar ialah fasa mengandung . Setiap kali pergi check up baby bacaan tekanan darah agak rendah. Nurse kena ulang berkali-kali untuk ambil bacaan tekanan darah. Rasa cepat letih dan rasa mengantuk nak tidur je. Sedangkan terlalu banyak kerja harian yang perlu diuruskan.
Nampak macam remeh je “tekanan darah rendah” ,tapi dalam diam ia bagi kesan buruk pada diri-sendiri. Antaranya rasa letih melampau, rasa nak baring je, emosi mudah sentap, orang sekeliling melabel diri manja dan suka curi tulang dari buat kerja.Selalu dengar orang perkata “jadi surirumah ni letih apa lah sangat”. Lama kelamaan terasa diri macam burnout. Sebagai seorang ibu dan isteri, kita nak uruskan yang terbaik untuk keluarga.
Surirumah adalah golongan yang cenderung untuk untuk keletihan melampau , burnout dan stress. Ada masa kita terlalu memaksa diri untuk jadi superwoman. Segala benda nak dibuat dalam high expectation dan sempurna.
Mula-mula kita mula dengan keletihan biasa-biasa, mungkin dari faktor kecil macam Ija masalah tekanan darah rendah. Kemudian kepada kurang selera makan. Keletihan melampau. Emosi asyik sentap. Diri-sendiri tak terurus
Ada masa rasa nak lepaskan dan tinggalkan daripada menguruskan apa-apa. Tak boleh jadi, takkan nak berterusan lalui rutin harian sebegini. Hargai diri-sendiri, jaga kesihatan diri sendiri. Bila kita ibi-ibu ni tak jaga kesihatan diri , takkan nak tunggu orang lain jagakan. Mustahil. Kitalah kena ambil tanggungjawab jaga kesihatan diri, baru kita boleh nak jaga dan uruskan keluarga dan anak-anak.
Mula konsisten ambil Vivix pada waktu pagi . Antara kesan yang cepat dirasai ialah rasa sentiasa bertenaga pada siang hari. ResV pula Ija ambil sebelum tidur, kesan cepat yang dirasai badan rasa segar sangat bila bangun pagi. Sebelum ni kalau bangun pagi rasa letih dan rasa nak sambung tidur lagi.
Yang paling ketara perubahan yang dialami, Ija dah tak mudah tercungap-cungap bila buat larian dan bersukan. Ni antara kesan positif yang berlaku pada diri-sendiri lepas konsisten ambil Vivix dan ResV Shaklee.
Alhamdulillah bersyukur sangat dengan ditemukan dengan 2 produk ni. Asalnya ambil untuk atasi keletihan melampau disebabkan tekanan darah rendah. Rupa-rupanya banyak manfaat lain yang dapat. Dari segi emosi agak terurus, mental pun tenang dan well manage , dari segi fizikal pula makin bertenaga. Yang best bonus, kulit wajah makin cantik dan kelihatan segar.
Anda mungkin lalui fasa yang sama macam Ija? Jom kita fokus pada solusi . Jadi surirumah yang sihat dan cantik. Kesihatan diri wajib diutamakan, bila kita dah sakit banyak benda kita tak dapat buat.
Nak tahu lebih lanjut berkaitan Shaklee boleh tekan link dibawah.