August 5, 2023

Tips Bisnes Online

Nak mulakan bisnes zaman sekarang cukup mudah. Lagi-lagi semua benda boleh buat online. Semua orang ada smartphone. Semua orang ada internet di hujung jari. Pendek kata nak masuk online semua dah sangat mudah. Tak perlu keluar untuk ke cybercafe bagai.

Ada beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu sebelum memulakan bisnes online.

 

Mulakan dengan modal yang kecil

Boleh mula dengan jadi dropship. Kebanyakkan sistem dropship hari ini kebanyakannya tak perlu modal, hanya promosikan produk dan mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang kita jual.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh dan dipercayai.

Tidak salah memulakan bisnes online dengan menjual produk orang lain yang perniagaanya menyediakan servis dropship.

 

Tetapkan masa dan target dalam bisnes online yang diceburi

Ada orang bila dah decide nak mulakan bisnes online, menganggap bisnes ini hanya kerja sampingan dan cara kerja pun sambil lewa sahaja. Jika mahu bisnes online yang kita mulakan berjaya,  buang sikap sambil lewa dan ambil mudah, ini syarat utama untuk berjaya.

Letak target dan impian apa nak dicapai daripada bisnes online yang dilakukan. Tetapkan masa bila kita akan capai semua target yang ditulis.

Tetapkan masa khusus dalam jadual harian, berapa jam diri nak fokus dalam bisnes online. Elakkan segala gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif kita dalam menguruskan bisnes online. Ini untuk memastikan masa yang diperuntukkan dapat dimaksimakan untuk mempromosikan bisnes online yang dijalankan.

 

Promosikan jualan secara konsisten

Tiada teori mengatakan perniagaan yang mengeluarkan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar. Yang pasti, keuntungan yang besar akan dicapai bila melakukan promosi jualan secara konsisten.

Tiada masalah andai ingin mulakan dengan modal yang besar, tetapi kita kena tahu cara menguruskan stok jualan.

Mulakan dengan modal yang kecil, bila perniagaan makin maju , tingkatkan modal . Paling penting pastikan bisnes online yang dijalankan menguntungkan dari segi masa dan wang.

 

Kukuhkan platform perniagaan anda

Disarankan tidak membuat pinjaman dengan bank atau kawan-kawan untuk memulakan bisnes online.

Buat bisnes online tidak memerlukan modal besar kerana tidak memerlukan premis dan pekerja.

Boleh gunakan mana-mana platform online yang percuma seperti Facebook, Instagram , Tiktok untuk perkenalkan diri supaya lebih dikenali dalam pasaran.

Pilih produk jualan yang dikenali

Selalu orang kata nak kaya jual produk sendiri. Jual produk orang tak kaya. Tidak benar sekali.

Fakta yang diperakui  oleh usahawan online yang berjaya , ” tidak perlu produk sendiri pun boleh berjaya”.

Sebagai permulaan, tidak perlu pening kepala untuk bina jenama (branding) dan buat R&D untuk menghasilkan produk baru.

Cukup bina bisnes online yang  yang mempunyai pengikut dan pengguna setia yang tersendiri. Pelanggan cenderung memilih jenama yang sudah kukuh berbanding dengan jenama yang baru.

Kesimpulannya , nak mulakan bisnes online hari ni sangatlah mudah. Selagi mana ada kemahuan dan sedia menerima tunjuk ajar pasti berjaya. Nak mulakan bisnes online dengan modal besar tak salah, pastikan ada ilmu untuk melakukan jualan dan menguruskan kewangan. Kegagalan dalam menguruskan jualan dan kewangan membawa kepada kerugian pada modal yang dikeluarkan.

Dan Shaklee adalah salah satu bisnes yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan.Boleh contact Ija untuk tahu lebih lanjut

Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.