February 24, 2014

HEALING CRISIS

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
sejak bersama dengan SHAKLEE…rasa senang hati sangat bila tengok orang yang
tersayang ibu ayah sihat

Kalau ayah,
“kakak, gula
ayah 9 – 10 , ibu yang tolong check pagi-pagi…malam-malam ayah tak tinggal
makan VIVIX”

Kalau ibu
plak..
IBU: ”kakak,
ibu rasa ringan badan lepas makan SHAKLEE OMEGA GUARD…
KAKAK: “yeke
ibu..badan ibu kan sekeping je, memang ringan la”
IBU: “ tak
la…lenguh-lenguh di bahagian sendi dah tak rasa”

Tapi tak
kurang juga ada yang contact / mesej bertanya :

“Kenape
jerawat saya makin banyak keluar selepas ambil Vitamin E”
“Kenapa sakit
rasa sakit kepala selepas consume vitamin SHAKLEE”
“Kenapa saya
demam teruk lepas consume vitamin SHAKLEE?”

Tenang…Relax….Jangan
Kalut…..Jangan Mengelabah


Anda
sebenarnya sedang mengalami HEALING CRISIS atau dikenali  PROSES PENYEMBUHAN.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan
krisis penyembuhan?

A:Ia
merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk
membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal
bebas. Sebahagian dari proses ini adalah dengan bermulanya penyingkirkan toksin
oleh badan yang telah sekian lama terkumpul sepanjang hidup.
Semasa proses penyingkiran toksin,
badan anda akan mengalami beberapa tanda atau simptom yang menyebabkan
ketidakselesaan – dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.  Dalam falsafah perubatan Cina, penyembuhan
terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

######################################################################
Q:Mengapakah krisis penyembuhan
selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut
Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita
meningkatkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan
oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan supaya
menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama
dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
Contohnya seperti ruam pada kulit,
lebih banyak pergerakan usus (maksudnya kerap ke tandas). Ini merupakan tanda
bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkan badan anda seperti
besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau
pencuci paip, banyak karat akan terhakis keluar daripada dinding paip tersebut
(toksik). Oleh sebab itulah, anda berasa lebih teruk (sakit) dan makin
banyaklah kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu akan keluar.
Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik
dan kembali bersih seperti baru.

########################################################################
Q:Adakah krisis penyembuhan
petanda yang baik?

A:Ya.
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan
kesihatan yang diambil telah menunjukkan kesan pada badan. Sesetengah orang
akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia
adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik
untuk mendapatkan penyembuhan yang sebenar.


Umumnya, krisis penyembuhan hanya
berlaku kepada orang yang sihat kerana ini menunjukkan daya tahan badan mereka
masih cukup kuat untuk bertindak balas dari perubahan biologikal semasa proses
penyembuhan itu berlaku. Jika krisis penyembuhan tidak berlaku, ia mungkin
disebabkan sama ada individu itu bebas dari toksin dan mempunyai kesihatan yang
optimum ATAUPUN  individu itu mempunyai ketahanan badan yang sangat lemah, maka
badan tidak mampu menghadapi proses penyembuhan.
#######################################################################

Q:Adakah setiap orang akan
mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap
orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan
sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan ada juga yang hanya akan
merasainya selepas satu atau dua bulan.
Kesannya juga berbeza. Lebih
banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

########################################################################
Q:Secara umumnya, berapa lamakah
tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia
bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil
masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
######################################################################

Q:Ramai orang bertambah baik
selepas mengambil makanan tambahan, dan saya masih mengambil makanan tambahan,
tetapi saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2
bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya
(contoh : tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.
Sekiranya tiada sebarang
peningkatan, anda berkemungkinan :
  • Tidak
    mengamalkannya setiap hari
  • Tidak
    mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut
    kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan
    yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami
    penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami
    keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan
    mahupun makanan tambahan
  • Mengalami
    masalah emosi
Oleh sebab itu, jika anda
mengalami simptom yang tidak enak kepada badan selepas makan produk Shaklee,
dan mempunyai keraguan mengenai simptom yang anda alami, cepat-cepat berhubung
dengan distributor anda.

Untuk sebarang pertanyaan tentang info healing crisis anda boleh menghubungi saya di emel
masterbahijah@gmail.com



Credit info

http://www.greenwellness.my/page-10697.html







Bahijah Marzuki
Your Shaklee Independent
Distributor
SID1034684
Facebook: Nur Bahijah Marzuki
Emel: masterbahijah@gmail.com
SMS 014-8281356
Whatssap: 013-2075328


Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.