April 3, 2014

BAHAYA KURANG KALSIUM BAGI IBU HAMIL & IBU MENYUSU

Adakah anda mendapat cukup kalsium setiap
hari?? Tahukah anda ibu hamil & menyusukan anak memerlukan lebih
kalsium  berbanding wanita dewasa.

2013, saya kerap sakit belakang, maklum la  orang tinggi lonjong , kurang minum susu.
Memang fragile la.

Saya tiba-tiba terfikir , aku ni time
single-single muda  lagi , dah sakit
belakang. Kalau dah kahwin nanti mengandung, tahan ke belakang nak tampung bawa
baby.

Sakit belakang, ikhtiarlah dari sekarang.
Jangan bertangguh.

Saya nak anak ramai, berimpian nak anak
kembar. Jadi kena la jaga kesihatan badan daripada single muda lagi. Bukan dah
kahwin baru nak jaga.

Saya memang bukan IBU HAMIL & IBU MENYUSU

Saya suka info di bawah ini tentang keperluan
kalsium dan kaitannya dengan wanita. Jom baca

Ni link ni sumber asal :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm
__________________________________________________________________________________________

APABILA bercakap mengenai kepentingan
kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk
kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting
bagi mengelakkan pereputan tulang. 

Jarang sekali orang muda atau yang berada di
usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur
diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda
bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan
pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium
sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan
anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak
mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat
pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di
samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik
dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah
Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak
memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut
mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi
pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium
di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu
hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini
akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka
mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan
1200 hingga 1300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500
miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu
mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin,
ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak
meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi
dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil
susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka.
Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh
diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh
mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran,
buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium
paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan
pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di
senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk
kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi
kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting
untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan
otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih
tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan
Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia
iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan
berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan
juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan
tekanan darah tinggi

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu
akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan
tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada
jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap
oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih
muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap
osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah
akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap
osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti
tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya
yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami
lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil
secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding
wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira
banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini
berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang
Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan
selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling
utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian
seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus
mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk
mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu
kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang
secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses
bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan
kekejangan pada bahagian kaki. 
Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu
emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada
komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah
menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah
melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk
suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

_____________________________________________________________________________________________

Pilihan
saya , Ostematrix. Bukan untuk ibu hamil & ibu menyusu je. Wanita dewasa
pun kena jaga dari sekarang.



Di Shaklee….supplemen kalsium dikenali sebagai
Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji
OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk
mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak
4 biji OsteMatrix setiap hari cadangan untuk ibu hamil & ibu menyusu.
Thanks
for reading! :)









Anda
sedang mencari suplemen yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin
menjana pendapatan hanya duduk di rumah??

Bahijah
Marzuki
SID1034684

Facebook:
Nur Bahijah Marzuki
Emel:
masterbahijah@gmail.com
SMS@Whatssap 014-8281356

Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.