April 1, 2014

Susahnya mencari rezeki….

“Kalau kita rasa dalam hidup sehari-hari dah
cukup susah dalam mencari rezeki,cuba lihat ada lagi orang lain yang lagi susah
mencari rezeki”

Pagi tadi dalam perjalanan nak ke pejabat,
Allah takdirkan saya bertemu dengan seorang pak cik tua bawa motor, pada motor
dia tergantung kuali buruk, botol-botol minyak, botol soflan.

Gigih pak cik tu nak imbangkan motor sambil
tangan mencari-cari botol plastik @ barang besi buruk yang boleh dijual dalam
tong sampah.

Subhanallah, saya terfikir , berapa ringgit  pak cik
dapat dalam sehari hasil jual botol2 plastik dan besi buruk. Cukup ke pak cik  bagi makan dekat anak isteri dia andai hasil
pencarian botol plastik dan besi buruk  tak banyak hari ini??

Gigihnya seorang orang tua yang keluar awal
pagi mencari rezeki untuk anak isteri di rumah. Pukul berapa agaknya pak cik tu
bangun nak cari barang-barang recycle?

Saya andaikan umur pak cik ni sama dengan
umur ayah. Ayah dah bersara dari bekerja sekarang dapat duduk rumah dan
banyak masa ke masjid.

Rasa sedih sangat sepatutnya pak cik tu duduk
rumah berehat dan ada orang yang jaga dan bantu makan minum dia tanpa perlu
bekerja berat, tapi pak cik tu masih membanting tulang mencari rezeki untuk
anak-anak di rumah.

Hal ini sangat memberi pengajaran kepada saya
supaya  lebih kuat bekerja di usia muda.
Sebab apa? Sebab saya nak teman ibu ayah di kala usia meningkat tua, saya nak
jaga sendiri ibu ayah. Kalau ibu ayah sakit saya nak urus sendiri. Saya akan
berjuang habisan untuk capai  “KEBEBASAN KEWANGAN dan KEBEBASAN MASA” supaya
tidak lagi terikat dengan waktu ofis.



Memamg betul ni soal rezeki dan takdir, semua Allah tetapkan. Tapi
sangat rugi kalau kita  yang sedar time
muda ni tidak berubah dan ambil iktibar. Sekurang-kurangnya kesempatan di hari
muda ni kita tak sia-siakan begitu sahaja.

Saya sangat terkilan kalau kita yang muda ni
beralasan tidak mampu mengubah hidup masing-masing sedangkan Allah dah kudrat
yang masih gagah.
Jangan nanti satu tahap kita terpaksa
meminta-minta dengan orang lain. 

Hargailah nikmat muda dan nikmat sihat yang
Allah bagi. Allah dah hamparkan rezeki di atas muka bumi ni, kerja kita
menjemput rezeki dengan penuh ketaatan padaNya.

Jom UBAH.


Merancang nak buat side income hanya dari
rumah??

Online je…contact saya, saya sedia membantu.

Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.