Dilema sebenarnya bila diri-sendiri nak mulakan bisnes. Isu modal isu takut bisnes tak berjaya isu takut tak mampu handle. Dari kecil bila tengok orang nak mula bisnes mesti kena ada modal.
Aku ni surirumah, income sendiri pun tiada, macam mana nak mulakan bisnes. Modal lagi lah tiada. Isu dalaman lagi, ” kan tak berjaya macam man?” .”Boleh ke nak handle pekerja”. “Nak jual produk apa?”.
Bila jadi surirumah banyak masa hanya pada family ,kurang keluar bersosial memang bagi effect pada keyakinan diri sendiri. Rasa macam semua benda tak reti dan takut nak mencuba.
Tengok pada pengalaman ibu sendiri dulu nak mulakan bisnes , kena keluarkan modal dulu. Contoh nak jual kek kena keluarkan modal dulu untuk beli bahan-bahan kek dan peralatan macam mixer dan oven buat kek.
Nak jadi tukang jahit kena keluarkan modal beli mesin jahit dalam masa sama kena cari orang yang pandai menjahit untuk belajar dulu. Dan ia memang mengambil masa untuk dikenali , pasaran pun tak besar mana.
Tapi tulah Ija sendiri memang tiada skill nak buat kek dan menjahit baju ni. Buat kek ,kek jadi keras. Jahit baju, selalu tak kemas. Biasanya ibu sendiri pun tak harap dah pada Ija untuk membantu, sebab hasilnya biasa kena baiki balik. Rugi masa dan tenaga.
Masa ni Ija cuba dengan bisnes online , mula dengan bisnes Shaklee. Pilih Shaklee ni pun sebab pengalaman diri-sendiri yang rasa kesan positif setelah ambil suplemen Shaklee.
Mula-mula nak start tu memang ambil masa jugak, sebab tak yakin pada diri sendiri. Boleh ke aku jual suplemen ni,aku suri rumah je?
Tapi bila duduk dalam circle yang supportive dan ada mentor yang sangat aktif, lama-kelamaan keyakinan pada diri semakin bertambah. Mula ambil tindakan untuk mulakan bisnes. Jangan berlama stuck, keluar cari kawan, keluar bersosial. Alhamdulillah membantu sangat untuk improve self-confidence. Sebenarnya ia juga sebagai satu terapi juga untuk ibu-ibu bila dapat jumpa kawan-kawan.
Zaman sekarang ini, pilihan bisnes online pun sangat luas. Malah nak buat secara partime pun boleh. Kalau orang yang bekerja pun boleh buat secara part-time, yang surirumah ni lagi lah boleh dibuat secara partime. Sambil uruskan family dan rumah boleh sama-sama buat bisnes online.
Zaman sekarang semua orang dah ada smartphone dan internet di tangan. Nak mulakan bisnes online ni tak perlu kan gajet-gajet mahal atau mahir dalam teknologi pun, cukup dengan ada smartphone dah boleh mula. Selain itu kita tak terikat dengan masa, dan ia boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang pengalaman. Sekarang sesiapa sahaja dah boleh mula bisnes online ni samada student , orang yang ada karier, suri rumah, malah pesara dan warga emas sekalipun.
Tapi dalam nak memilih bisnes online tu kena tahu juga nak buat bisnes apa dan bagaimana nak mula?
Kena tahu apa peluang dan kemampuan yang kita ada sebelum mulakan bisnes online, situasi Ija sebagai surirumah.
1) Tiada modal atau modal yang rendah
Situasi Ija memang pilih bisnrs online yang perlu keluarkan modal yang paling minima. Kalau boleh yang tiada modal pun lagi bagus.
2) Tidak perlu ada premis
Dengan modal yang minima, Ija pilih untuk buat bisnes dari rumah. Tak perlu menyediakan. Yang best pilih yang boleh dibuat di mana-mana.
3) Tak perlu simpan stok yang banyak
Bila modal yang tak banyak ni , tak dapat buat stok banyak-banyak. Sebab itu Ija akan pilih bisnes yang tak perlu simpan stok yang banyak.
4)Ada pilihan untuk uruskan penghantaran sendiri atau pihak
syarikat yang uruskan.
Ada masa Ija memang ada kekangan masa untuk keluar untuk
buat penghantaran sendiri. Bila company ada buat penghantaran, ini salah satu
bonus untuk Ija.
Alhamdulillah semua ruang kemudahan dalam bisnes ini Ija dapat
dalam bisnes online bisnes Shaklee.
Ada mentor yang bertanggungjawab, team yang sangat supportive, buat Ija sangat excited to do the bussiness.
Untuk yang nak dengar bisnes preview bisnes Shaklee boleh wassap Ija
Atau daftar terus ke link ini
#NextLevelBlogging
#BlogmegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023