March 20, 2015

Listeriosis: Wanita Hamil Perlu Baca

Artikel ini saya ambil dari blog suami saya, berkenaan dengan Listeriosis. Walaupun namanya cantik, tapi ia sangat bahaya terutama bagi wanita mengandung. Jom sama-sama baca.

klik untuk besarkan paparan. kredit Astro Awani

Listeriosis
Apakah yang dimaksudkan dengan Listeriosis?

Listeriosis ialah sejenis penyakit yang serius disebabkan oleh pemakanan makanan yang telah dicemari oleh bakteria Listeria (Listeria monocytogenes).

Listeria
Jom kita kenali dulu serba sedikit berkaitan ‘binatang’ Listeria. Walaupun namanya seolah seorang wanita cantik, namun ia adalah seekor ‘pembunuh’ yang sangat bahaya. Listeria ialah sejenis bakteria yang terdapat dalam tanah dan air. Ia boleh mencemarkan pelbagai jenis makanan yang berlainan bermula dari peringkat tanaman atau ternakan sehingga pemprosesan makanan untuk dijual kepada pengguna di pasaran. Di antara makanan yang sering tercemar dengan bakteria ini ialah keju, susu mentah, ais krim, sayuran mentah, ayam dan daging mentah. ‘Kelebihan’ Listeria ialah ia boleh hidup dan berkembang dengan perlahan pada suhu yang sejuk (suhu chiller). Namun, ia boleh ‘dibunuh’ dengan cara memasak dan kaedah pasteurization.
  
Siapa yang berisiko?
Antara golongan yang berisiko tinggi mengalami listeriosis termasuklah wanita mengandung,
bayi dalam kandungan, bayi yang baru lahir, warga tua dan mereka yang mempunyai
imunisasi yang rendah. Serta pesakit HIV, Kanser, penyakit hati, Kecing Manis dan ketagihan alkohol.
Persoalan timbul, kenapa wanita mengandung dijangkiti?

Untuk makluman, ketika dalam tempoh mengandung, sistem imunisasi wanita menjadi lemah. Ini menjadikan wanita mengandung lebih berisiko untuk dijangkiti 20 kali ganda berbanding orang dewasa yang sihat. Yang menakutkan, hampir 1 daripada 3 kes jangkitan Listeriosis adalah melibatkan wanita mengandung. Ia bukan sahaja berisiko kepada ibu yang mengandung, malah ia juga berisiko kepada kandungan dan bayi yang baru lahir iaitu berisiko berlaku keguguran, masalah kesihatan bayi dan stillbirth.
Apakah simptom yang dihadapi?

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, biasanya mengalami tanda-tanda seperti loya, muntah, cirit-birit, demam, sakit –sakit badan, sakit kepala dan kekejangan abdomen. Simptom ini dialami dalam tempoh sehari ke seminggu. Antara gejala yang serius yang dialami ialah Septicemia (jangkitan darah), Meningitis (jangkitan dan radang di sekeliling otak) dan juga kematian. 
Perkara yang terbaik adalah kita mengelakkan diri daripada terkena jangkitan Listeriosis
1) Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dibilas di bawah aliran air paip untuk
membuang kotoran yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut.

2) Masak daging, ikan dan ayam dengan secukupnya (sehingga mendidih).

3) Gunakan pisau dan papan pemotong yang berasingan semasa mengendalikan makanan
mentah, makanan sedia untuk dimakan dan ketika memotong buah-buahan atau sayur-sayuran.

4) Proses penyahbekuan makanan sejukbeku dilakukan sama ada meletakkan makanan sejuk
beku di dalam peti sejuk (chiller thawing) atau menggunakan ketuhar (microwave thawing). Jangan nyahbeku makanan sejukbeku pada suhu bilik.

5) Basuh tangan dengan mengamalkan 7 langkah membasuh tangan yang betul sebelum dan
selepas menyediakan makanan.

6) Jangan minum susu mentah (unpasteurized milk) dan jangan makan makanan hasil daripada unpasteurized milik.

7) Simpan dan asingkan daging, ayam dan makanan laut yang mentah dari sayuran, buahan makanan yang dimasak dan makanan sedia dimasak (ready to eat).


Kesimpulan

Mengambil makanan bersih dan selamat adalah penting kerana ia sangat memberi kesan yang buruk kepada kesihatan. Sebagai seorang suami & ayah, pastikan makanan yang dibeli dan yang disediakan di rumah adalah selamat untuk dimakan oleh isteri dan anak-anak. Kaedah kawalan suhu dan masa adalah kawalan yang sangat penting dan kritikal. Kadang-kadang kita biarkan ayam mentah di atas meja selama lebih 5 jam. Walaupun secara zahir (warna dan bau) tidak berubah, namun pada tempoh tersebut bakteria telah membiak dengan cepat dan banyak. Sekian, jumpa lagi.

Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.