May 20, 2014

KUNDASANG..TUNNGU AKU DATANG

TERINGINNYA NAK KE KUNDASANG

Ada junior tanya,
Adik junior: “kalaula diberi peluang untuk melancong akak nak pergi
mana”

Aku: “ermmm..akak teringin sangat nak pergi Kundasang Sabah..hihi”

Adik junior “Cehhh…dekat sangat, ingatkan nak pergi luar negara”

Kenapa saya nak pergi Kundasang??

Saya suka sangat tempat yang Cameron Highland. Cuma Cameron Highland
dah pernah pergi, orang kata Kundasang lagi cantik dari Cameron Higland.

Yela, tempat yang suci bersih segar, cantik hijau tenang, ada bukit hijau,
padang rumput terbentang luas, udara sejuk & nyaman…bestnya..

Sebenarnya saya ada seorang kawan, kira sahabat usrah time di USIM
dulu asal Kundasang, namanya Kak Haza…Rasa rindu sangat nak jumpa dia…lepas kak
haza grad balik Sabah lama dah tak bertemu…Kira nak pergi melancong &
ziarah sahabat usrah la.

Nak visualize la..letak dalam vision board “Travel To Kundasang” 
[berangan la free je]

Bahijah musafir ke Kundasang Oktober 2014.

In sha Allah saya yakin pada  kekuatan MIMPI, kerana di sebalik impian saya
ada Allah. Tuhan Rabbul’alamin.

The power of visualization.

Kundasang, tunggu aku datang!!!!

Kak
haza, tunggu saya datang






Subscribe to the newsletter

Fames amet, amet elit nulla tellus, arcu.